Sleep Time Visitors

Saturday 16 July 2011

Top 10 - Masalah Kepincangan Tidur Yang Pelik - (8) - Bruxism

Yang Ke Lapan (8) – Bruxism

Bruxism adalah salahsatu kepincangan tidur dimana seseorang akan mengacip atau menggerudi gigi mereka ketika tidur.

Ini adalah salahsatu masalah kepincangan tidur yang kerap berlaku dimana lebihkurang 40 juta penduduk America menghidapi masalah ini. Masalah ini boleh menyebabkan kerosakan yang teruk pada gigi menyebabkan nasihat perawatan memang amat diperlukan.

Ini juga boleh menyebabkan sakit pada bahagian muka dan pening kepala dan untuk keadaan yang lebih teruk atau kronik, ia juga boleh menyebabkan sakit arthritis di temporomandibular joints.

Kebanyakan bruxers tidak menyedari masalah bruxism mereka dan hanya 5%  ke 10% sahaja yang menghidapi simtom sakit rahang dan pening kepala. Walaupun buat masa ini tidak ada penyembuh untuk masalah ini, namun begitu doktor akan mencadangkan samada 
memakai penyendi mulut atau mengambil suntikan botox.

Source & Credit To: Listverse

Jika anda ingin membaiki kualiti tidur anda dan memulihkan badan anda dari masalah kepincangan tidur, maka cubalah Sleep Time. Tidur yang berkualiti menjamin hari yang lebih baik. Hubungi wakil kami segera 012 302 3064.

Monday 4 July 2011

Top 10 - Masalah Kepincangan Tidur Yang Pelik - (7) - Restless Legs Syndrome

Yang KeTujuh (7) – Sindrom Kegelisahan Kaki

Walaupun kepincangan ini juga berlaku kepada orang yang jaga, ianya menjadi lebih teruk semasa ia tidur atau pada waktu anggota tubuh lain tidak bergerak.

Sindrom Kegelisahan Kaki ini dikategorikan oleh desakan yang tidak dapat ditahan untuk menggerakkan anggota badan supaya dapat menghilangkan rasa tidak selesa atau perasaan anih anggota tubuh badan. Selalunya ia mempengaruhi bahagian kaki tetapi ada juga berkaitan dengan anggota tangan atau perut.

Menggerakkan anggota tersebut dapat mengurangkan rasa tidak selesa tersebut yang menyebabkan rasa kelegaan buat sementara.  Ada juga doktor yang merawat menggunakan ubat-ubatan yang buat masa ini masih menjadi kontroversi.

Source & Credit To: Listverse

Jika anda ingin membaiki kualiti tidur anda dan memulihkan badan anda dari masalah kepincangan tidur, maka cubalah Sleep Time. Tidur yang berkualiti menjamin hari yang lebih baik. Hubungi wakil kami segera 012 302 3064.

Wednesday 29 June 2011

Top 10 - Masalah Kepincangan Tidur Yang Pelik - (6) - Non-24-hour Sleep-Wake Syndrome

Yang KeEnam (6) – Bukan-24-Jam Tidur-Bangun Sindrom

Perkara yang anih dan kepincangan yang amat jarang berlaku ini adalah apabila badan seseorang itu tidak dapat mengenali pusingan tidur dalam tempoh 24 jam sehari.

Oleh sebab yang demikian, badan tidak membenarkan dirinya untuk tidur pada corak tidur siang/malam yang biasa. Jika dibiarkan tanpa apa-apa rawatan, penyakit ini akan menjadikan pusingan tidur-jaga seseorang itu akan sentiasa bertukar setiap hari tergantung kepada berapa lama pusingan 24 jam seseorang itu berakhir.

Pusingan ini mungkin terus berlaku selama 24 jam dan menjadi normal semula selama satu atau dua hari dan menjadi  sakit semula selepas itu. Terdapat beberapa kes ada yang mengambil masa sampai seminggu untuk melengkapkan corak pusingan gangguan tidur seperti ini.

Untuk menambah keanihan masalah  ini,  hampir kebanyakannya berlaku kepada orang buta walaupun terdapat beberapa situasi orang yang celik juga menghidapi masalah ini.

Source & Credit To: Listverse

Jika anda ingin membaiki kualiti tidur anda dan memulihkan badan anda dari masalah kepincangan tidur, maka cubalah Sleep Time. Tidur yang berkualiti menjamin hari yang lebih baik. Hubungi wakil kami segera 012 302 3064.

Thursday 23 June 2011

Top 10 - Masalah Kepincangan Tidur Yang Pelik - (5) - Sleep Apnea

Yang Kelima (5) – Sleep Apnea

Sleep apnea adalah satu masalah kepincangan tidur dimana pernafasan menjadi terhenti buat seketika semasa tidur.

Setiap episod mungkin agak panjang dimana satu dan dua kali pernafasan akan terhenti dan berlaku beberapa kali sewaktu tidur. Kadar yang ketara secara klinikal berlaku apabila lima atau lebih pernafasan berhenti dalam setiap sejam.

Namun begitu orang yang mengalami masalah ini mungkin tidak menyedari akan masalah pernafasan mereka walaupun ketika mereka terjaga. Selalunya orang lain yang memerhatikan episod ini berlaku dan menyedari bahawa orang yang tidur tersebut mengalami masalah bernafas ataupun mereka merasakan sesuatu kesan yang tidak baik bagi tubuh mereka sendiri.

Simptom ini juga mungkin telah berlaku bertahun-tahun tanpa disedari dimana pesakit mungkin telah merasa biasa bila mengantuk disiang hari atau dengan kepenatan yang disebabkan gangguan tidur.

Cara rawatan yang selalunya digunakan untuk masalah sleep apnea adalah menggunakan alat bantuan pernafasan yang dipanggil ‘Positive Airway Pressure (PAP)’. Alat PAP tersebut membuka ruangan uaara untuk pernafasan pesakit ketika tidur dengan menyalurkan tekanan udara kedalam kerongkong pesakit. Ada juga rawatan ubat dan juga pembedahan yang boleh dilakukan.

Source & Credit To: Listverse

Jika anda ingin membaiki kualiti tidur anda dan memulihkan badan anda dari masalah kepincangan tidur, maka cubalah Sleep Time. Tidur yang berkualiti menjamin hari yang lebih baik. Hubungi wakil kami segera 012 302 3064.

Tuesday 21 June 2011

10 Tips Untuk Tidur Yang lebih Berkualiti

Jika anda mempunyai masalah untuk tidur, tukarlah tabiat tidur anda untuk malam serta rehat yang lebih baik.

Adakah anda mengalami masalah kurang tidur ? Kerja, tugas rumahtangga dan menjaga bayi serta anak-anak mungkin mengganggu tidur anda. Faktor lain seperti cabaran harian yang tidak diduga, bimbang masalah kewangan, pembuangan kerja, masalah perhubungan atau kesihatan; menyebabkan kita jarang mendapat tidur yang berkualiti.


Mungkin kita tidak dapat mengawal atau menghilangkan semua faktor-faktor gangguan tersebut tetapi kita sebenarnya boleh membuat satu suasana dan mengambil satu tabiat yang menggalakkan tidur serta rehat yang lebih baik.  Cubalah cadangan dibawah jika anda bermasalah untuk tidur:


  • Masuk tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari, termasuk hujung minggu.  
  • Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum masuk tidur.  
  • Jauhilah nikotin, kaffien dan alcohol pada malam.
  • Kerap bersenam tetapi selesaikan senaman anda sekurang-kurangnya beberapa jam sebelum tidur.
  • Jadikan suasana bilik tidur anda nyaman, senyap, gelap dan selesa.
  •  Jadikan waktu tidur utama anda waktu malam.
  • Sediakan tilam serta bantal yang selesa.
  • Mulakan rutin yang merihatkan sebelum tidur seperti mandi air panas, membaca buku atau mendengar musik yang selesa.
  • Masuk tidur apabila anda sudah letih dan padamkan lampu..
  • Ambil suplemen tambahan untuk membantu anda tidur dengan lebih baik.
Source & Credit To: Mayo Clinic

Jika anda ingin membaiki kualiti tidur anda dan memulihkan badan anda dari masalah kepincangan tidur, maka cubalah Sleep Time. Tidur yang berkualiti menjamin hari yang lebih baik. Hubungi wakil kami segera 012 302 3064.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More